Intro - Sekapur Sireh Seulas Pinang

Keluarga Mukmin merupakan satu khidmat yang kami tawarkan kepada seluruh muslim mukmin dan muslimah mukminah yang berada di Malaysia khususnya dalam membentuk serta membina Keluarga Mukmin sejati menurut perspektif Islam dan berlandaskan syara’. Khidmat ini sebenarnya meliputi semua aspek kehidupan muslim tentang kekeluargaan bermula daripada proses kehidupan seawal-awal usia sehingga perkara yang perlu dilakukan di usia tua kita. Ini kerana pihak kami dapati ramai dikalangan muslimin dan muslimah menghadapi kesukaran dalam mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan untuk merealisasikan keluarga mukmin sejati bermula dari peringkat usia setahun jagung atau anak kecil lagi.

Justeru, kami merasakan perlu dilakukan suatu kaedah berkenaan perkara ini, maka timbulnya satu inisiatif untuk memperkenalkan khidmat keluarga mukmin ini. Dengan wadah ini, kami jadikan khidmat yang kami tawarkan kepada semua peserta meliputi dari perihal nasihat dan bimbingan dalam melahirkan jati diri soleh dan solehah serta permulaan hidup baru dalam sebuah keluarga mukmin. Disamping itu juga, kami memberi bimbingan kepada semua muslimin dan muslimah berkaitan dengan adab menyambut kelahiran serta bagaimana mendidik anak-anak menurut perspektif Islam. Tidak dilupakan juga tentang adab antara menantu dan mertua yang sering dilupakan oleh masyarakat dewasa ini serta menimbulkan banyak kegawatan hubungan serta komunikasi dikalangan mereka.

Dalam tinjauan program keluarga mukmin, kami dapati ramai ibubapa yang bermasalah dalam menangani anak remaja mereka serta kebimbangan mereka dalam menguruskan anak remaja mereka. Dengan adanya konsep keluarga mukmin ini, kami berperanan untuk memberi khidmat nasihat, runding cara serta bimbingan kepada mereka yang memerlukan.

Apa yang bakal anda lalui..??!!

Setiap peserta yang mengikuti program Keluarga Mukmin ini akan melalui proses Marhalah sebagaimana berikut :

MUSTAWAL IE'DADIE
Marhalah 01 :
Mengumpul Maklumat Peserta

Marhalah 02 :
Maklumat Diproses – dimaklumkan kepada Peserta

Marhalah 03 :
Kemaskini Maklumat Ke Pengkalan Data

Marhalah 04 :
Proses Penyesuaian / pengkelasan antara Peserta

MUSTAWAL AWWAL

Marhalah 01 :
Pertemuan Ta’aruf Antara Peserta

Marhalah 02 :
Pertemuan Tafahum, Takamul, Taradhin & Ta’awun

Marhalah 03 :
Pertemuan Muqabalah – antara keluarga

MUSTAWAL THANIE
Marhalah 01 :
Pertemuan Khitbah

Marhalah 02 :
Adab hubungan awal dalam keluarga mukmin

Marhalah 03 :
Adab Hubungan Suami dan Isteri

Marhalah 04 :
Adab Menantu dan Mertua

Marhalah 05 :
Hubungan Syahrul Asal

Marhalah 06 :
Tanggungjawab rumahtangga (Suami & Isteri)

MUSTAWAL THALITH
Marhalah 01 :
Adab Melahirkan Anak & Mendapat Anak

Marhalah 02 :
Tanggungjawab Ibubapa Semasa Kelahiran

Marhalah 03 :
Mendidik Anak-Anak menurut Islam

MUSTAWAL AKHIR
Marhalah 01 :
Tips Hubungan Suami Isteri di Zaman Basal (Refresh)

Marhalah 02 :
Menghadapi Kehidupan Selepas Zaman Basal

Marhalah 03 :
Menghadapi Hari-Hari Di Hujung Usia (Burn Out)

Siapa yang patut mendaftar?!

  1. Muslim atau Muslimah yang betul-betul memerlukan bimbingan untuk mencari pasangan hidup yang kufu’ (sepadan) menurut cara Islam.
  2. Duda atau Janda yang ingin mendirikan rumahtangga buat kali kedua dan mengharapkan bimbingan secara Islam dalam menunaikan tanggungjawab rumahtangga yang sempurna menurut perspektif Islam.
  3. Mereka yang telah mendirikan rumahtangga tetapi menghadapi masalah dalam menanti kelahiran baru serta menguruskannya menurut tuntutan agama.
  4. Mereka yang bermasalah dengan anak mereka dan perlukan bimbingan untuk mendidik serta mentarbiah anak-anak menurut ajaran Islam.
  5. Mereka yang memerlukan bimbingan dalam hubungan suami isteri secara Islam dalam hubungan antara suami isteri serta tanggungjawab suami isteri dalam rumahtangga.
  6. Mereka yang bermasalah dengan mertua atau mertua yang bermasalah dengan menantu serta ingin menjernihkan keadaan menurut perspektif serta tuntutan Islam.
  7. Mereka yang memerlukan khidmat runding cara secara Islam samada secara berkelompok atau individu.