Ramai yang tidak dapat menjawab dengan tepat bila ditanyakan "Bagaimanakah anda memilih pasangan hidup?
"Sebelum menjawab soalan diatas, cuba kita lemparkan soalan yang satu ini nescaya kalian akan melihat jawapan yang begitu menakjubkan.
KENAPA KAMU BERKAHWIN?
Ada yang berkerut dahi seolah-olah pertama kali mendengar soalan sedemikan. Ada yang menjawab dengan jawapan yang mereka pun tidak faham ... aku kahwin macam orang lain kahwin atau memanglah manusia kena kahwin... Jawapan yang 'jelas dan tepat' akan menunjukkan anda sudah mempunyai cara dan penilaian dalam pemilihan pasangan hidup. Ia sangat penting untuk melangkah kepada tindakan seterusnya. Selagi tidak jelas jangan cuba nak memasuki langkah seterusnya.
Adakah aku berkahwin untuk mendapatkan kesenangan? Atau untuk membina keluarga... atau mendapat zuriat yang banyak untuk dibanggakan.. atau taat kepada Allah.... atau untuk memakmurkan bumi sebagai perintah Allah supaya menjadi khalifah dimuka bumi... atau semua alasan diatas... Tujuan yang paling mulia disini ialah : Untuk mentaati Allah dan menjadi khalifah di bumi Allah, susunan seterusnya untuk ketenangan kebahagiaan keluargaku dan hak-hak peribadiku terpelihara atau kerana zuriat... sebagai turutan kepada matlamat yang utama.
Adakah aku berkahwin untuk mendapatkan kesenangan? Atau untuk membina keluarga... atau mendapat zuriat yang banyak untuk dibanggakan.. atau taat kepada Allah.... atau untuk memakmurkan bumi sebagai perintah Allah supaya menjadi khalifah dimuka bumi... atau semua alasan diatas... Tujuan yang paling mulia disini ialah : Untuk mentaati Allah dan menjadi khalifah di bumi Allah, susunan seterusnya untuk ketenangan kebahagiaan keluargaku dan hak-hak peribadiku terpelihara atau kerana zuriat... sebagai turutan kepada matlamat yang utama.
Perbezaan meletakkan sesuatu kepentingan menghasilkan pendapat yang berbeza-beza dalam menetapkan pilihan. Pilih mengikut aqal atau perasaan.
Sebelum bertanyakan Bagaimana membuat pilihan?
adalah seeloknya tanyakan diri anda 'Kenapa aku berkahwin?' 'Apakah peranan yang akan aku lakukan?' Jawapan ini akan membawa anda berfikir secara tabei memilih dalam soalan seterusnya 'Adakah aku memilih secara akal atau mengikut perasaan?' Kebanyakannya anda akan terhimpit kesatu sudut untuk memilih diantara 'memilih pasangan secara klasik iaitu keluarga yang carikan' atau aku mencari pilihan sendiri yang mengikut perasaanku. Soalan seakan-akan wujud pertentangan diantara 'orang lain pilihkan' atau 'pilihan sendiri'. Padahal hakikatnya bukan begitu, kerana cara membuat pilihan tidak perlu kepada ketegasan membabi-buta. Akal dan perasaan seperti dua sayap yang perlu seiringan dan seimbang.Tahap perasaan yang paling rendah ketika memilih ialah menerima, tidak lari, berusaha berperingkat supaya cenderung menyayanginya dalam pergaulan sehingga telahirnya cinta-mencintai diantara pasangan. Tahap akal memilih ialah memastikan pilihan itu sekufu dari segi peribadi, kedudukan dalam masyarakat, ekonomi, pendidikan, sifat zahir dan akhlak.Perlu diingat untuk mencari betul-betul mengikut kehendak perasaan anda takkan jumpa.. Baik kiranya anda meletakkan dan menyusun aulawiyat/keutamaan. Anda harus bersedia mengenepikan/mengorbankan sesuatu yang tidak penting untuk mengutamakan yang penting. Contohnya anda memilih cantik atau kacak sebagai keutamaan maka akan mengenepikan kedudukan pasangan itu dalam masyarakat, atau pekerjaannya, atau pelajarannya. Sekiranya anda tidak meletakkan keutamaan, anda akan mendapati setiap cadangan pilihan anda mempunyai kecatatan dan kekurangan. Oleh itu anda selama-lamanya tidak akan dapat memilih. "Anda tidak akan menemui manusia yang sempurna".
Susunlah mengikut keutamaan. Keutamaan seseorang pastinya berbeza. Susunlah secara menurun iaitu yang utama diatas, yang kurang utama dan sangat kurang utama susun dibawahnya. Apabila anda menjumpai sesuatu calon, letakkan markah pada setiap keutamaan yang anda susun. Nilailah dengan teliti, Contoh: sekiranya terdapat terlalu banyak sifat sangat kurang utama yang menepati citarasa anda sehingga sifat kurang utama yang anda gariskan hanya sedikit. Terpaksa anda korbankan yang kurang utama untuk memberi laluan kepada yang sangat kurang utama jalan dulu.
Contoh: Utama : Cantik atau kacak.
Kurang Utama : Keluarga Ramai, Ada Ayah, Berpelajaran.
Sangat Kurang Utama : Orang Jauh, Kaya, Berpengaruh.
Calon anda : Cantik, Keluarga Ramai, Orang Jauh, Kaya, Berpengaruh, Tiada , Tidakberpelajaran.
Keputusannya : Calon ini bersesuaian dengan anda.
Dalam keadaan ini anda perlu jujur kepada diri anda. Bukan masanya untuk bermujamalah/main perasaan kerana anda akan menjadikan ia teman sepanjang hidup anda. Anda tahu, apa yang anda mahu dahulukan. Nilailah seseorang itu berdasarkan maklumat yang tepat dan nilailah pendirian anda agar tidak berubah atau terkesan dengan faktor persekitaran. "Sekarang anda bebas memilih siapa yang akan menjadi pasangan hidup anda. Sebentar sahaja lagi anda bertanggunjawab diatas keputusan yang anda buat. "Agama sebagai salah satu ukuran. Benar! Rasulallah saw meletakkan ukuran mencari pasangan seperti sabdanya "فاظفر بذات الدين تربت يداك" أو "إذا جاءكم من ترضون دينه". Ia seakan-akan hadis ini menetapkan agama adalah keutamaan yang menidakkan kepentingan yang lain. Ini kefahaman yang salah. Agama dalam bab cari calon adalah merupa salah satu dari ciri pemilihan dan bukan suatu yang tunggal. Oleh itu kita lihat banyak hadis lain yang mengalakkan sebaliknya seperti maksud hadis : lihatlah tunangmu agar kamu tidak menyesal untuk kesejahteraan rumahtangga. Hadis yang mengizinkan gadis menolak pilihan ayahnya kerana berbeza kedudukan dalam masyarakat. Selain itu memilih mereka yang kurang agamanya untuk kita didik dan jaga jelas menambahkan lagi pahala seterusnya membawa satu perubahan yang besar dalam masyarakat islam.
Perasaan Bimbang
Ramai yang mengadu bahawa ia tidak merasa seronok atau gembira dengan pilihannya atau kali pertama melihat si dia, atau tidak tertarik seperti sebelum-sebelum ini seterusnya menjadikan ia takut dan bimbang. Malah perasaan ini akan bermain di benak hati anda, adakah ini natijah dari istikharah yang dilakukan. Wahai sahabat! Ini perkara tabi'ie/semulajadi dan semula orang kahwin telah melalui ujian ini, tapi anda tidak nampak kerana dia telah sirna didalam kebahagian setelah berkahwin. Terjadinya perasaan risau ini adalah kerana jiwa manusia itu akan melangkah kesatu titik perubahan yang besar dalam kehidupanya. Adakan aku telah memilih calon yang betul? Perasaan dan persoalan ini akan hilang apabila anda melangkah ke alam pertunangan, dan mungkin kembali semula, kerana ia berpindah mengikut langkah anda dari berkenalan, akan bertunang, kemudian aqad nikad, kemudian walimah, dan ia akan hilang terus sebaik sahaja anda memulakan kehidupan berumahtangga. Tiada sebab anda perlu melayan perasaan bimbang dan tidak tenteram tersebut.
Berhadapan Dengan Keluarga
Sebelum melakukan sesuatu, seharusnya perlu sentiasa berbincang panjang dengan keluarga, sehingga mereka faham asas pemilihan anda, jangan sampai anda memeranjat dan membuatkan mereka terkejut. Anda perlu mendengar pendangan mereka dan jangan banyakkan persilisihan pendapat dengan mereka kerana mereka tidak mengetahui keadaan dan perasaan anda. Seharusnya anda mengimbangi pendapat mereka dengan tenang. Boleh jadi pandangan mereka benar berdasarkan pengalaman mereka yang anda tak nampak. Tidak juga kita menghukum semua pandangan mereka betul, tetapi jangan pula kita menolok semuanya.
Kesimpulannya : ANDA KENA JELAS MENJAWAB SOALAN INI :-
1-KENAPA AKU KAHWIN?
2-APA YANG AKU MAHU DARI PASANGANKU?
GUNAKANLAH AKAL, PERASAAN DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH MENJADIKAN ANDA MUDAH MEMILIH.