Adab Memilih Pasangan

Pilihan?Apa ada pada agama?
Setelah kita berusaha membincangkan masaalah sekufu. Kali ini kita berbincang cara mencari calon. Hadith yang biasa kita dengar sebagai galakkan kepada lelaki ialah : قال صلى الله عليه وسلم للشباب: تنكح المرأة لأربع: لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها. فاظفر بذات الدين تربت يداك) رواه مسلم
Maksud: Kamu Nikahi perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung.Bagi orang perempuan pula :
،للمرأة ووليها قالصلى الله عليه وسلم: (إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض رواه الترمذي وقال حديث حسنMaksud: Apabila kamu dipinang oleh mereka yang kau redho agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Sekiranya tidak dilakukan, akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang meluas.Hadith pertama jelas menunjukkan ramai orang akan memilih tiga yang terawal. Harta, keturunan dan kecantikan. Sering melupakan yang keempat dengan janji keberuntungannya.Apa ada pada harta?Harta adalah sesuatu yang berada ditapak tangan, seseorang itu hanyalah sebagai pengurus kepada harta tersebut. Harta boleh hilang sekelip mata. Dulu kita ada rumah besar, kilang perniagaan besar, sekelip mata ditenggelamkan dik hujan. Kita punya BMW baru tadi berlanggar, kita punya duit dalam bank semalam bank itu diisytihar muflis. Malah kalau kita punya duit sedikitpun ia akan hilang bila dicuri. Lebih dasyat dari itu, kita takkan dapat menfaat sedikit pun jika USD100juta ditanam bersama mayat kita. Apa yang kau mahu dengan harta. "kau jangan kawin dengan orang miskin kau akan merana" "kau jangan kawin dengan orang kaya, kau akan dihinakan"Aku nak cari juga yang kaya, yang senang, aku boleh menfaat dari harta dia" takyah aku susah cari kerja. Kalau fikir nak menafaat dari harta dia,busuk sungguh hati kita, Ingatlah itu harta meraka, kamu tiada hak nak ambil hartanya. Aku tunggu pusakanya nanti, siapa pula yang menentukan mati, bagaimana kalau kita yang mati dulu. Satu hal lagi, masih cari pasangan pun dah pikir supaya pasangannya nanti mati, bagaimana nak aman rumahtangga?Bukan tak boleh fikir tentang harta, tapi berpada-padalah. Jangan sampai kita tenggelam dengan alasan yang direka.
Apa ada pada keturunan?في الحديث: "من تزوج امرأة لحسبها، لم يزده الله بها إلا ذلا"Maksud: Siapa yang mengahwini perempuan kerana keturunannya, Allah tidak akan menambah dengan keturunan itu kecuali kehinaan.Terdapat mereka yang mencari pasangan dengan mementingkan soal keturunan. Itu keturunan dia, yang kita nak sibuk dangan keturunan orang lain kenapa? Adakah dia minta dilahirkan begitu, semua itu ditentukan oleh Allah Taala. Tiada siapa yang boleh bangga dengan keturunannya. Seorang anak raja tidak pernah berdoa sebelum ia lahir agar dilahirkan sebagai keturunan raja. Bertakwalah kepada Allah.
Apa ada pada kecantikan?
Kalau tak cantik takde nafsu lah? satu jawapan yang lojik. Tapi perlukah kita kepada logik sedangkan banyak dalil yang menunjukkan kecantikan bukan segalanya dari Al-quran, hadis , pepatah "Cinta itu buta" sehingga kita semua jenis manusia mampu berpasang sedangkan mereka mempunyai kecacatan sendiri.Kecantikan mungkin akan hilang dalam sekelip mata dan pasti akan beredar mengikut usia.Selain itu, cuba ditanyakan, dimana kecantikkan wanita itu? dimukanya atau fizikalnya, nescaya yang waras akan menjawab pada akhlaknya. Tapi kenapa alasan anda menjadi tidak waras apabila memilih kecantikan fizikal perempuan itu. Anda kena akui bahawa anda tetap akan tertarik sekiranya berjalan dibelakang seorang perempuan, walaupun seburuk mana wanita itu malah makyah pun boleh memperdayakan seseorang.Sejauh mana tarikan dari wanita itu? jangan bimbanglah jika dari pandangan mata, kita tak tertarik lansung dengan seseorang wanita. Hakikatnya perempuan yang berakhlaklah yang menjadikan hubungan anda lebih intim.Jangan sampai keutamaan kepada kecantikan membelakang segalanya.
Apa ada pada agama?
Agamalah segala-galanya. Sekiranya kita berharta, tidak pula dia boros Sekiranya tidak berharta, tidak pula dia bersungut. Dialah yang bakal menjaga keturunan yang mendoakan kita sewaktu kita tiada.Dialah yang menjaga kecantikan dan budi pekerti keturunan kita. Kecantikan akhlaknya sentiasa subur dihati.
Bagi perempuan, Sabda Rasullah saw:
إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض رواه الترمذي وقال حديث حسنMaksud: Apabila kamu dipinang oleh mereka yang kau redho agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Sekiranya tidak dilakukan, akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang meluas.
Walaupun keadaan hadis ini ditujukan kepada aulia/penjaga/wali, Namun asas kepada pemilihan bagi wanita itu adalah agama, dan yang kedua akhlak. Sekiranya ada yang masih memikirkan kepentingan yang lain lebih dari dua perkara diatas nescaya rugi, dan amat rugi, malah bakal menimbulkan masalah yang lebih besar dalam masyarakat.
Walahualam.