Terdapat beberapa penjaga yang kita boleh kelaskan berdasarkan kepercayaan dan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Boleh perincikan seperti berikut:
1-Mereka percaya pada anak mereka dan sanggup bertanggungjawab keatas anaknya.
Golongan ibubapa ini percaya bahawa anak mereka layak berkahwin dan boleh menjalani kehidupan yang baik selepas berkahwin , samada anaknya masih belajar atau sudah berkerja.Selain itu mereka bertanggungjawab dan sedia membantu anak mereka setidak-tidaknya mengizinkan anaknya berkahwin dimana sahaja.Kebanyakan mereka adalah golongan yang berpendidikan.
Bagi anak pula perlu menghargai kepercayaan ini. Hormati ibubapa dengan terus berhubung dan berkomunikasi dengan sesuatu yang membahagiakan mereka. Dapatkan pandangan mereka dengan berhati-hati dan jangan sampai menyusahkan (hati dan harta) mereka.
2-Mereka percaya kepada anak mereka tetapi tidak sanggup bertanggungjawab.
Kebanyakan ibubapa berada ditahap ini. Mereka percaya dan faham akan keperluan anaknya yang sudah matang dan boleh berfikir dalam menyelesaikan kehidupan mereka. Akan tetapi mereka merasakan tanggungjawab yang anaknya akan pikul dan tanggungjawab dia, sebagai ibubapa yang perlu membantu anaknya menbuat persedian dan setelah berkahwin. Perkara ini membuatkan mereka rasa terbeban kerana kemungkinan terdapat keperluan yang lain.
Oleh itu, bagi seorang anak mereka perlu menghargai kepercayaan dengan mentaati dan menghilangkan pergantungan kepada keluarga. Pergantungan yang dimaksudkan ialah mencari sumber ekonomi sendiri dan menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran. Bagi yang berkerja tidak sepatutnya ia menjadi halangan, samada perkerjaan yang tetap atau tidak. Malah lebih baik dari itu, kita mengambil sedikit tanggungjawab ekonomi ibubapa seperti pergi ke pasar atau bagi anak yang tinggal jauh, mereka boleh memberikan sedikit belaja untuk mereka. Selain itu, bertanyakan khabar dan memberikan pujian dipercayai boleh menambahkan kepercayaan mereka kepada anaknya. Tanggunjawab mendidik, menasihat, memotivasikan adik-beradik yang lain merupakan suatu yang direspect oleh ibubapa.
3-Mereka tidak percaya kepada anak mereka dan masih bertanggungjawab kepada anak mereka.
Golongan ini agak sulit untuk diselesai. Kemungkinan sejarah anaknya atau dirinya sendiri membuatkan mereka tidak mahu mempercayai anaknya. Lagi menyulitkan mereka sering mengungkit jasa mereka kepada anak mereka. Sedangkan itulah tanggungjawab mereka kapada anaknya.
Bagi anak ini, mereka jangan sesekali mengulangi sejarah lalu yang membuatkan kepercayaan ibubapa itu hilang. Carilah sesuatu yang menjadikan anda dipercayainya. Dua tips dia atas boleh digunakan selain itu keterlibatan dalam masyarakat dengan aktif akan membantu anda dipercayai olah ibubapa anda.
4-Tidak percaya kepada anak mereka dan tidak mahu bertanggungjawab keatas anak mereka..Mereka masih menganggap anda tidak layak berkahwin. Perwatakan anda tidak mencerminkan seorang yang layak berkahwin. Tiada pendirian, tiada tokoh, bersendirian, comot dan kolot merupakan peribadi yang membuatkan anda tercampak jauh. Ibubapa ini sering mengugut sekiranya berkahwin, mereka tidak dapat membantu apa-apa pun.
Anda perlu sabar menyelesaikan masalah ini. Sebelum anda dibuang,lebih baik anda membuang pribadi anda yang buruk. Anda perlu merasakan anda akan menjadi contoh dan ikutan kepada seseorang. Ugutan yang dikeluarkan merupakan suatu cubaan untuk melihat perubahan anda. Boleh dikatakan ujikaji mereka terhadap anda. Ibubapa akan menghukum setakat mana respon yang anda berikan. Oleh itu respon yang positif perlu ditunjukkan.
Kenal pasti ibubapa anda diketogori mana? dan anda boleh menutup kelemahan anda. Walaubagaimanapun ini merupaka suatu pandangan penulis. Sesungguhnya ia memerlukan kekreatifan anda. Kerana kehidupan berkeluarga memerlukan sesorang itu kreatif.
Selain itu faktor masyarakat juga amat memberi kesan kepada ibubapa. Pandangan ahli keluarga dan masyarakat akan membuatkan mereka sentiasa takut dan kecewa. kritikan seperti "menantu awak tu bla... bla.. bla.." akan memeritkan telinga mereka.
Tidak sepatutnya mereka merasakan demikian, dalam keadaan genjala sosial yang membarah adalah sewajarnya mereka merasa bangga apabila anak mereka dapat mendirikan rumahtangga dengan keadaan yang sederhana, baik dan teratur.
Suatu yang penting disini, sebagai kesimpulannya, bagi mengatasi segala masalah diatas marilah merujuk kembali kepada ajaran islam. Didalam islam hak berkahwin bagi anak lelaki bergantung kepada anda wahai! lelaki. Lain pula bagi wanita, mereka perlu minta izin wali.
Apa yang susuhnya wahai! kaum lelaki, kawin sahajalah kalau dirasakan ia sudah sampai ke tahap sunat dan wajib. Tapi "jangan" selagi masih ditahap makruh dan haram.
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِه ِِ عِلْم ٌ فَلاَ تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفا ً وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Jelas ayat tersebut menunjukkan kita perlu mentaati ibubapa, akan tetapi sekiranya menjadikan kamu syirik dan melakukan perkara yang jahat, maka tiada ketaatan lagi. Sayangilah mereka dan hormatilah mereka.
Sering saya ulangi, jangan sampai kita malu dengan keluarga membuatkan anda tidak malu melakukan maksiat dihadapan Allah Taala. Wallahualam.